Pages

About


Bermula dengan tawaran menyanyi dari Syarikat Ahmad Taufik, Kampung Baru, Kuala Lumpur. Dzulkiffli Jalil anak kelahiran Klang, Selangor telah memulakan kariernya sebagai penyanyi professional pada tahun 1980. Dua tahun selepas itu, beliau telah menubuhkan Kumpulan Headlights sebagai penyanyi utama. Beliau telah menggunakan nama pentas 'Jack Dzul'.

Pada tahun 1996, beliau telah dipilih oleh Omar Taib sebagai pemuzik/penyanyi Kombo Kompleks Budaya Negara (Istana Budaya) dan telah membuat persembahan di World Trade Festival di London, Dubai, Iran, Pakistan dan hampir semua Negara-negara Asean. 

Pelbagai usaha telah dilakukan untuk terus aktif termasuk memenangi beberapa pertandingan seperti Sinaran Pasport Kegemilangan, Rancangan Komposer anjuran TV3 dan Rancangan Who Will Win anjuran NTV7.

Pada tahun 2008, beliau telah menerbitkan sendiri album single berjudul 'ANDAI....KEKASIH...' BERKONSEPKAN Keroncong Pop dengan gubahan muzik oleh Mohar (Mohram). 


Pada tahun 2010, beliau nekad merakamkan sebuah lagi lagu yang berjudul 'Rahsiaku' yang berkonsepkan muzik SKA, diiringi Kumpulan Gerhana Ska Cinta.


Semoga lagu terbaru ini menepati cita-cita dan harapan yang selama ini terpendam berpuluh-puluh tahun. Kini Jack Dzul masih lagi berkhidmat di Istana Budaya sebagai pemuzik/penyanyi.

No comments:

Post a Comment